CATATAN PELAWAT SMKJK Facebook
Untuk memaklumkan apa juga aktiviti berkaitan sekolah klik disini.

Thursday, December 17, 2009

07/02/09 - Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat ini bagi membuka tirai 2009 mengumumkan pencapaian PMR serta membincangkan hal projek Surau yang telahpun mula dibina dan juga penetapa tarikh dan persiapan untuk Mesyuarat Agong.

Agenda utama akan tertumpu kepenetapan sumbangan PIBG dan yuran sekolah.

Hari Olahraga SMKJK 2008

Hampir setiap tahun Hari Olahraga SMKJK dilancarkan didalam keadaan grimis. Meskipun begitu ia tetap bersemangat dan menceriakan.

Rumah Merah telah menjuarai acara olahraga pada tahun ini dan Pasukan Kedet Polis pula menjuari perbarisan.

SURAU SMKJK

Dengan penyerahan rasmi yang begitu simbolik potret model Surau SMKJK oleh Arkitek En Ir Mohd Shahibul kepada Pengetua SMKJK Pn Akmal dan YDP PIBG En Samat maka tibalah masanya untuk kita sama-sama berusaha mengumpulkan dana yang diperlukan bagi pembinaan Surau ini.

Muga sumbangan saudara dicucuri RahmatNya berlipat kali ganda.. amin..

PIBG SMKJK menapak kearah teknologi SMS

Demi keperihatinan kami bagi memudahkan perhubungan diantara guru-guru dan ibubapa maupun pelajar, PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer.

Dengan adanya sistem ini ia akan memberikan kepastian bahawa kita para ibubapa akan mendapat maklumat persekolahan anak-anak kita terus ketapak tangan walau dimanapun kita berada. Bagi mendapatkan maklumat dari PIBG dan sekolah sila hantarkan nombor handphone anda sekarang.

Taipkan kod sms berikut:R pibgsmkjk daftar Dan hantarkan ke 33733.

Anda juga boleh mendapatkan sms maklumat sekolah yang disediakan secara automatik.

Contoh untuk mengetahui barisan AJK PIBG, taipkan kod sms R pibgsmkjk ajk dan hantar ke 33733. Senarai AJK akan sampai ke handset anda dalam beberapa saat.
Klik disini untuk komen..

11/02/07 - Hari Sukan SMKJK 2007

Betapalah ertinya sukan jika tiada laungan DJ yang mengamatkan suasana disusuli dengan latar belakang lagu-lagu yang bersemangat... itulah yang telah berlaku pada sukan tahun ini apabila suara dari corong pembesarsuara senyap kerana tiada bekalan letrik.

Masih dianggap bernasib baik kerana keputusan bekalan letrik berlaku sejurus selesai upecara perasmian yang disempurnakan oleh YB Wakil Rakyat.

Walaupun begitu keadaan tetap meriah dari semangat kesukanan yang telah ditonjolkan oleh pelajar-pelajar dalam keadaan cuaca yang amat cerah dan panas membara hingga keakhir majlis.